Selasa, 03 Juni 2014

Kisah Qobil dan Habil (Teks)

Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”.

Kedua orang  tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita seperti apa yang lumrahnya diderita oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya.

Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita, sedang yang laki-laki menempuh jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. 

Qabil berusaha dalam bidang pertanian 
sedangkan 
Habil di bidang perternakan.

Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta mencintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmonis damai dan tenang serta saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong.


Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja

Keempat putera-puteri Adam mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka, hal tersebut menjadi pemikiran kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan nafsu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya.

Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. 


Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda 
dan 
Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

Cara yang telah di ilhamkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam
disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka. 
Akan tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil yang menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sangat tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan kepada Habil. 

Dan memang demikian kecantikan dan keelokan paras wanita (Mata'uddunya-Hiasan dunia) selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga dan sesama suku.

Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mau menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima, maka Nabi Adam mengambil keputusan yang bijak serta menghindari kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga, beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya dialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Kemudian Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya yaitu seekor domba yang bagus, sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rusak dan busuk, kemudian diletakkan kedua korban tersebut yaitu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit, lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang bakal terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, Tak lama kemudian, terlihat api besar yang turun dari langit lalu menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api, sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu, karena korban kambingnya telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudarinya itu yang akan dipersandingkan(dipersunting) menjadi isterinya.

Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia

Dengan telah jalurnya(terlaksananya) keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima. Qobil tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk mempermasalahkanya. Akhirnya Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuh di kala ketiadaan ayahnya.

Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah, beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarganya kepada Qabil. Beliau berpesan kepada Qobil agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama kepergiannya. Beliau berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara dengan baik, jangan sampai terjadi hal-hal yang dapat mempengaruhi suasana atau merusakkan hubungan kekeluargaan yang sudah akrab dan intim.

Qabil menerima pesan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga melaksanakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya, dan selama berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam keadaan baik dan menyenangkan. 

Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil, namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamserta  dengkinya terhadap Habil saudaranya.

Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya, datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil: "Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku melenyapkan engkau dari atas bumi ini."

"Apa salahku?"tanya Habil.. "Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"

Qabil berkata :"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak, yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu sedangkan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak
menarik itu."
Habil berkata: "Apakah aku berdosa, jika Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu? 
Tidakkah engkau telah setuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kita laksanakan?
Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! 
Kawallah (jagalah) perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! 
Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni. Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rusak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa, bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sehat, paling bagus dan kucintai, dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buanglah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu kita dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, maka tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diridhainya,.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil, namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sama sekali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang telah di penuhi rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi berbagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang sudah dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang untuk mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan surut padam, dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala, dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis menjadi seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur nyenyak dan " PRAK..!! " jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri. dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia di muka buni ini.

Penguburan Jenazah Habil

Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya. ia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu. Akhirnya diletakkannya tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir. 

Dalam keadaan dan bingung dan sedih Qobil melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu memangsa tubuh jenazah Habil yang sudah mulai busuk itu.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya bagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu. 

Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia sedemikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. 
Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:" Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"

Qobil pun menguburkan Habil adiknya seperti yang dicontohkan oleh bururng gagak tersebut.

Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya. Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul.

Bertanyalah ia kepada Qabil: "Di manakah Habil berada? Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."

Qabil menjawab: "Entah, aku tidak tahu dia ke mana! sebab aku bukan hambanya(budaknya) Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."

Melihat sikap yang angkuh dan jawaban yang kasar dari Qabil, Adam dapat menerka bahawa telah terjadi sesuatu atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu.

Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu bepergiannya. Beliau sangat menyesal atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu, yang telah mengesampingkan rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga  sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan setan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman dan mohon bertaubat serta beristighfar bagi puteranya Qabil.

Kisah Qabil dan Habil Dalam Al-Quran

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya(bahwasanya) Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; (Al-Maidah 5:27)

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi .(Al-Maidah 5:30)

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (Al-Maidah 5:31)

Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam a.s.

Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur atau ingin dipuji.Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal.Jika korban itu berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar baik dan belum rusak atau busuk.

Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."


Keajaiban burung Gagak


Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk-Nya yang lain ?

Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as , Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis la'natullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya.

Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajarkan kepada anak cucu Adam bagaimana menimbun(mengubur) mayat sesama mereka.

Mengapa demikian ?

Karena burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan dengan burung-burung lain. Allah swt telah memberikan naluri tentang keahliannya ini.

Melalui penelitian, ternyata burung gagak mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding otak burung-burung yang lain. Burung gagak sentiasa hidup bersama kelompoknya sebagaimana manusia yang sentiasa bersosialisai(bergaul) dengan masyarakat.

Mereka mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka . Inilah fitrah yang sentiasa diberikan Allah kepada burung gagak.

Setiap kesalahan di antara burung gagak mempunyai hukuman masing-masing contohnya :

1. Ketika salah seekor di antara mereka mengambil makanan anak burung gagak, maka hukumannya adalah sekumpulan gagak lain akan mematuknya sehingga bulu gagak tadi habis sehingga gagak tersebut gundul dan tidak boleh berbuat apa-apa seperti anak gagak sebelum dewasa.

2. Ketika seekor gagak menyakiti gagak betina yang lain, sekumpulan gagak akan menyerangnya dengan paruh hingga mati.

Adapun pelaksanaan hukuman dilakukan di tanah padang atau di kawasan yang luas sehingga proses mahkamah disaksikan oleh kumpulan mereka dan gagak tertuduh akan dibawa dengan penjagaan ketat oleh sekumpulan gagak lain yang mengelilinginya. Kemudian gagak tersebut ditundukan kepalanya, diturunkan sayapnya dan ditahan untuk berkoak sebagai bentuk pengakuan atas kesalahannya.

Ketika gagak tertuduh dijatuhi hukuman mati, gagak lain akan menyerangnya dengan paruh mereka hingga mati.

Setelah Gagak itu mati, salah seekor di antara mereka akan membawanya dan menggali lubang untuk menguburkan dengan tanah sebagai penghormatan atas bangkai gagak itu.

Hingga kini, para saintis yang melakukan kajian tentang dunia hewan mengatakan bahwa hanya gagaklah yang menanam mayat kawannya ketika mati.

Demikianlah bagaimana burung Gagak menegakkan keadilah dari fitrah Ilahiyah adalah lebih baik dari pada keadilan yang dimiliki oleh umat manusia.

Subhanallah...

Semoga kita dianugerahi pemimpin yang adil, yang membawa kebaikan dunia dan akhirat. Aamiin.





HASUD / IRI DENGKI


Dinukil dari kitab Adabud Dunya Waddin karya Imam Mawardi.

اعْلَمْ أَنَّ الْحَسَدَ خُلُقٌ ذَمِيمٌ مَعَ إضْرَارِهِ بِالْبَدَنِ وَفَسَادِهِ لِلدَّيْنِ، حَتَّى لَقَدْ أَمَرَ اللَّهُ بِالِاسْتِعَاذَةِ مِنْ شَرِّهِ، فَقَالَ تَعَالَى: {وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إذَا حَسَدَ} [الفلق: 5]
وَنَاهِيكَ بِحَالِ ذَلِكَ شَرًّا. وَرُوِيَ عَنْ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنَّهُ قَالَ: «دَبَّ إلَيْكُمْ دَاءُ الْأُمَمِ قَبْلَكُمْ الْبَغْضَاءُ وَالْحَسَدُ هِيَ الْحَالِقَةُ حَالِقَةُ الدِّينِ لَا حَالِقَةُ الشَّعْرِ وَاَلَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَمْرٍ إذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ اُفْشُوَا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ» .
فَأَخْبَرَ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِحَالِ الْحَسَدِ وَأَنَّ التَّحَابُبَ يَنْفِيهِ وَأَنَّ السَّلَامَ يَبْعَثُ عَلَى التَّحَابُبِ، فَصَارَ السَّلَامُ إذًا نَافِيًا لِلْحَسَدِ.

Perlu diketahui bahwa kedengkian merupakan akhlaq yang tercela, yang menimbulkan malapetaka bagi jasad dan melahirkan kekacauan pada agama.
oleh karena itu Allah ta'ala telah memerintahkan berlindung kepada-Nya dari kejahatannya , Allah berfirman :
" dan (berlindung) dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki "
(al falaq ayat 5)
dan Allah telah melarangmu untuk melakukan kekejian tersebut.

diriwayatkan bahwa Nabi shollallohu alaihi wasallam bersabda :
" penyakit umat-tumat sebelum kalian telah menular kepada kalian , yaitu kebencian dan kedengkian dimana penyakit tersebut merupakan alat pencukur bagi agama, bukan pencukur rambut. Demu dzat yang menguasai jiwa Muhammad, tidak sempirna iman kalian hingga kalian saling mencintai , ingatlah, aku akan mengingatkanmu tentang sesuatu yg apabila kamu kerjakan niscaya akan menimbulkan perasaan saling mencintai diantara kalian ,(yaitu) sebarkanlah salam diantara kalian."

Nabi mengabarkan tentang keadaan derengki dan menyebarkan salam dapat membangkitkan perasaan saling mencintai. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa salam itu dapat menjauhkan dari kedengkian .

. وَقَدْ جَاءَ كِتَابُ اللَّهِ تَعَالَى بِمَا يُوَافِقُ هَذَا الْقَوْلَ وَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى: {ادْفَعْ بِاَلَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَك وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ} [فصلت: 34]
قَالَ مُجَاهِدٌ: مَعْنَاهُ  ادْفَعْ  بِالسَّلَامِ  إسَاءَةَ الْمُسِيءِ.
وَقَالَ الشَّاعِرُ:

قَدْ يَلْبَثُ النَّاسُ حِينًا لَيْسَ بَيْنُهُمْ ... وُدٌّ فَيَزْرَعُهُ التَّسْلِيمُ وَاللُّطْفُ


Hal ini sejalan dengan yang diungkapkan oleh Alqur'an, Allah berfriman :
" dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan, tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik , maka tiba tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah olah telah menjadi teman yang sangan setia "
(fushilat ayat 34)
 

Mujahid menafsirkannya : " tolaklah dengan salam kejahatan orang yang jahat "
 

Seorang penyair berkata :
" terkadang manusia berada dalam suatu situasi dimana satu diantara mereka tiada kasih sayang,
maka taburkanlah salam dan kasih sayang."

وَقَالَ بَعْضُ السَّلَفِ: الْحَسَدُ أَوَّلُ ذَنْبٍ عُصِيَ اللَّهُ بِهِ فِي السَّمَاءِ، يَعْنِي حَسَدَ إبْلِيسَ لِآدَمَ - عَلَيْهِ السَّلَامُ - وَأَوَّلُ ذَنْبٍ عُصِيَ اللَّهُ بِهِ فِي الْأَرْضِ، يَعْنِي حَسَدَ ابْنِ آدَمَ لِأَخِيهِ حَتَّى قَتَلَهُ.
وَقَالَ بَعْضُ الْحُكَمَاءِ: مَنْ رَضِيَ بِقَضَاءِ اللَّهِ تَعَالَى لَمْ يَسْخَطْهُ أَحَدٌ، وَمَنْ قَنَعَ بِعَطَائِهِ لَمْ يَدْخُلْهُ حَسَدٌ.
وَقَالَ بَعْضُ الْبُلَغَاءِ: النَّاسُ حَاسِدٌ وَمَحْسُودٌ، وَلِكُلِّ نِعْمَةٍ حَسُودٌ.
وَقَالَ بَعْضُ الْأُدَبَاءِ: مَا رَأَيْتُ ظَالِمًا أَشْبَهَ بِمَظْلُومٍ مِنْ الْحَسُودِ نَفَسٌ دَائِمٌ، وَهَمٌّ لَازِمٌ، وَقَلْبٌ هَائِمٌ.

Sebagian ulama' salaf berkata : " kedengkian merupakan dosa yang pertam kali terjadi yang mendurhakai Allah di langit , yaitu kedengkian yang dilakukan oleh iblis kepada nabi Adam alaihis salam , dan merupakan dosa yang pertama kali terjadi mendurhakai Allah di bumi , yaitu kedengkian yang dilakukan putranya Nabi Adam alaihis salam terhadap saudaranya hingga terjadi pembunuhan"

Sebagian orang bijak berkata : " orang yang rela menerima ketentuan Allah ta'ala niscaya tidak akan ada seorangpun yang akan membencinya, dan orang yg qona'ah (rela menerima) dengan pemberian-Nya niscaya kedengkian tidak akan mampu mempengaruhinya."

Sebagian ahli balaghoh berkata: " manusia itu pendengki dan didengki, dan setiap kenikmatan ada pendengkinya."

Sebagian sastrawan berkata : " aku tidak pernah melihat seorang pendholim yang ingin menyamai orang yang di dholiminya selain orang yang hasud (dengki), dimana dia selalu menyainginya ,selalu gelisah dan hati yang bingung."

فَأَخَذَهُ بَعْضُ الشُّعَرَاءِ فَقَالَ:
إنَّ الْحَسُودَ الظَّلُومَ فِي كَرْبٍ ... يَخَالُهُ مَنْ يَرَاهُ مَظْلُومَا
ذَا نَفَسٍ دَائِمٍ عَلَى نَفَسٍ ... يُظْهِرُ مِنْهَا مَا كَانَ مَكْتُومَا

kemudian sebagian penyair menggubahnya :
" orang yg dengki lagi dholim selalu berada dalam kegelisahan,
dia bertaruh dengan orang yang di dholiminya.
jiwanya selalu gelisah karena mendengki orang lain,
maka nampak darinya sesuatu yang tadinya tertutup."

وَلَوْ لَمْ يَكُنْ مِنْ ذَمِّ الْحَسَدِ إلَّا أَنَّهُ خُلُقٌ دَنِيءٌ يَتَوَجَّهُ نَحْوَ الْأَكْفَاءِ
وَالْأَقَارِبِ، وَيَخْتَصُّ بِالْمُخَالِطِ وَالْمُصَاحِبِ، لَكَانَتْ النَّزَاهَةُ عَنْهُ كَرَمًا، وَالسَّلَامَةُ مِنْهُ مَغْنَمًا. فَكَيْفَ وَهُوَ بِالنَّفْسِ مُضِرٌّ، وَعَلَى الْهَمِّ مُصِرٌّ، حَتَّى رُبَّمَا أَفْضَى بِصَاحِبِهِ إلَى التَّلَفِ مِنْ غَيْرِ نِكَايَةٍ فِي عَدُوٍّ وَلَا إضْرَارٍ بِمَحْسُودِ.

Dengan demikian kedengkian termsuk akhlaq tercela yg ditujukan kepada orang yang sepadan dan dekat, bahkan lebih khusus kepada orang yg bersahabat . Oleh karena itu mensucikan diri darinya merupakan suatu kemuliaan, dan membebaskan diri dari cengkeramannya merupakan suatu keberuntungan.
Bagaimana tidak beruntung, karena hal tsb menimbulkan kemadhorotan dalam hati dan selalu melahirkan kegelisahan sehingga dapat membawa pelakunya kepada kebinasaan tanpa mampu mengalahkan musuhnya dan tidak akan menimbulkan petaka bagi yang dihasutinya.

وَقَدْ قَالَ مُعَاوِيَةُ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -: لَيْسَ فِي خِصَالِ الشَّرِّ أَعْدَلُ مِنْ الْحَسَدِ، يَقْتُلُ الْحَاسِدَ قَبْلَ أَنْ يَصِلَ إلَى الْمَحْسُودِ. وَقَالَ بَعْضُ الْحُكَمَاءِ: يَكْفِيك مِنْ الْحَاسِدِ أَنَّهُ يَغْتَمُّ فِي وَقْتِ سُرُورِك.
وَقِيلَ فِي مَنْثُورِ الْحِكَمِ: عُقُوبَةُ الْحَاسِدِ مِنْ نَفْسِهِ.
وَقَالَ الْأَصْمَعِيُّ: قُلْتُ لِأَعْرَابِيٍّ: مَا أَطْوَلَ عُمُرَك، قَالَ: تَرَكْتُ الْحَسَدَ فَبَقِيتُ.

Mu'awiyah mengatakan : " tidak ada keburukan yg dapat mengimbangi kebrukan hasad dimana dia dapat membunuh pelakunya sebelum keinginannya sampai kepada yang dihasudinya."

Sebagian orang bijak berkata : " cukup bagimu orang yg hasud dimana dia akan merasa sedih pada saat kamu mendapatkan kebahagiaan "

dikatakan dalam hikmah bentuk prosa : " penderitaan orang hasud itu bersumber dari dirinya ."

Al Asmu'i berkata : " aku bertanya kepada seoranga arab badui ' apa yg menyebabkanmu awet muda ?"
dia menjawab : " aku meninggalkan kedengkian sehingga aku awet muda."

وَقَالَ رَجُلٌ لِشُرَيْحٍ الْقَاضِي: إنِّي لَأَحْسُدُك عَلَى مَا أَرَى مِنْ صَبْرِك عَلَى الْخُصُومِ، وَوُقُوفِك عَلَى غَامِضِ الْحُكْمِ.
فَقَالَ: مَا نَفَعَك اللَّهُ بِذَلِكَ وَلَا ضَرَّنِي.
وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُعْتَزِّ - رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى -:
اصْبِرْ عَلَى كَيْدِ الْحَسْوِ ... دِ فَإِنَّ صَبْرَكَ قَاتِلُهُ
فَالنَّارُ تَأْكُلُ بَعْضَهَا ... إنْ لَمْ تَجِدْ مَا تَأْكُلُهُ

Ada seseorang yang berkata kepada Syuraih Al qodhi, " sungguh aku merasa dengki akan kesabaranmu dalam menghadapi orang yang memusuhimu, dan terhadap kepandaianmu dalam menjelaskan hukum yang masih samar ."
kemudian Al qodhi menjawab : " Allah tidak akan memberikanmu manfaat atas perbuatan tersebut , dan perbuatan tersebut tidak akan menimbulkan madhorot padaku."

Abdullan bin Mu'taz -semoga Allah merahmatinya- berkata dalam syairnya :
" bersabarlah terhadap tipu muslihat orang yang hasud ,
karena kesabaranmu akan dapat membunuhnya.
api akan membakar sebagiannya (arang)
jk sudah tidak ditemukan sesuatu yg dapat dibakarnya."

wallohu a'lam.

أدب الدنيا والدين
أبو الحسن الماوردي



Nabi Adam As. dengan Siti Hawa bisa dikatakan “gagal” sekaligus “berhasil”. Nabi Adam dan Siti Hawa melanggar aturan, itu artinya gagal. Tapi mereka berdua kemudian menyesal dan minta ampun. Penyesalan dan mau mengakui kesalahan serta menerima konsekuensinya (dikeluarkan dari surga), adalah keberhasilan.
Karena menyesal, Nabi Adam dan Siti Hawa meraih pertaubatan dari Allah dan dijadikanNya sebagai khalifah. Bandingkan dengan Iblis, meski sama-sama diusir dari surga tapi karena tidak taubat dia terkutuk sampai hari kiamat. 
Melakukan kesalahan itu manusiawi. Yang tidak manusiawi, ya yang Iblisi, kalau sudah salah tapi tidak mau mengakui kesalahannya justru malah merasa benar sendiri sehingga menjadi sombong. Iblis sombong, menyepelekan orang lain dan memonopoli kebenaran.

Lihatlah para shalihin dalam menykapi kesalahan dan dosa mereka. Mereka menangisi kesalahan dan dosa mereka seraya memohon ampun kepada Allah Swt., persis menteladani apa yang dilakukan oleh Nabi Adam As. Pernah terjadi sebuah dialog antara Salim (mantan budaknya Muhammad bin Ka’ab) dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz Ra. 
Khalifah Umar berkata: “Aku telah banyak diuji dengan jabatan khalifah ini. Demi Allah, aku sangat takut kelak tidak akan berhasil mempertanggungjawabkannya.”
Kemudian Salim berkata: “Selama Anda seperti yang telah Anda ucapkan, maka itu adalah keberhasilan Anda. Jika tidak, maka ada hal yang perlu Anda takutkan.”
Khalifah Umar berkata: “Wahai Salim berilah aku nasihat!”
Salim menjawab: “Nabi Adam hanya melakukan satu kesalahan hingga diusir dari surga. Sementara Anda melakukan banyak kesalahan dan berharap bisa masuk surga.”

Alhasil, kalau kita bermaksiat dengan alasan Nabi Adam juga bermaksiat, maka contohlah juga pertaubatannya Nabi Adam As. Sekarang bagaimanakah dengan kita? Seberapa jauh kita menyikapi kesalahan dan dosa kita?
Sebagai insan pemilik gudang dosa, al-faqir memohon dengan sangat agar semua tulisanku jangan di-Aamiin-kan sepenuhnya karena tentu yang salah lebih banyak dari yang benar. Koreksi dan kritikan yang membangun sangat kami idam-idamkan. Jazakumullah ahsanal jaza’.



Mau Iman terserah, mau Kafir terserah

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖفَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ۚإِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚوَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ ۚبِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا

Dan katakanlah:" Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir ". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.

[Qs. Al-Kahfi : 29

Tidak ada komentar:

Posting Komentar